Tuesday, August 25, 2020

BENDI MASAK TELUR

Assalamualaikum & petanggg gais!

Korang masak apa petang ni? Harini Hajar nak share dengan korang satu resepi masakan kegemaran Hajar yakni jeng jengg jengg.... 


Bendi Masak Telur! 😍

Dah lama Hajar share di FB post ttg resepi ni tapi baru nak post kat sini. Ehehhh. Kalini Hajar share utk warga blog pulak.

Hajar nampak ada bendi mak Hajar sejatkan kat dapur terus terlintas #bendimasaktelur makanan favourite Hajar. Apoo lagi? Mai la kita masak2 #hajarcookingstories

Hajar memang suka giler bendi masak telur. Satu pinggan blh habis sorang kalau makan. Tapi ni first time Hajar masak sendiri #bendigorengtelur ni. Ehehh. So mulalah Hajar menggoogle cara nak buat bendi telur ni rupanya eh senang je. Bahan pun sikit je. Onz terusss!

Dari dulu lagi kalau nak masak Hajar mmg cari resepi di 1 blog ni je yakni AZIE KITCHEN sbb bagi Hajar resepi dia ringkas, mudah faham & sedapp. Tapi Hajar akan sesuaikan ikut bahan apa yg ada kat dapur & ikut citarasa Hajar sendiri lah. Jommm!

BENDI MASAK TELUR

✅ Bahan2 :

15 biji bendi (dipotong serong)
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili kering
3 biji telur
Garam
Separuh perasa Kiub Knorr
Serbuk kunyit (jika perlu)


15 biji bendi (jangan lupa basuh semua bahan sebelum diguna)


Bendi dipotong serong. Gini haa cara nak potong serong kalau korang tak tau. Alaa biasa la tu kalau tak tau pun mana tau kat sini ada yg tgh belajar nak masak kan. Janganla segan2 kalau tak tau tu. Kita kan sesame perempuan. Tak pandai kita belajar. Gituww.

Buang dulu kepala & ekor tu.


So jadilah macam ni bendinya. Dah siap potong semua.


Hajar guna 1 biji bawang merah yg besar & 3 biji bawang putih. Bawang merah tu takyah takpe tapi Hajar suka letak dalam setiap masakan Hajar tiap kali nak menumis.


Kupas & potong bawah merah & bawang putih. Cili kering Hajar guna 1 senduk yg dah dikisar sbb dah ada kat peti ais. Pastu kisar bersama 3 bahan ni. Kalau takde cili kisar, korang baca kat bawah sana Hajar ada share caranya macam mana.


Ni haa bahan utama. 3 biji telur jangan lupa.Ni haa bahan utama. 3 biji telur jangan lupa.


Kisar bersama 3 bahan kisar ni, bawang merah, bawang putih & cili. Bendi tu menyemak nak masuk jugak. Interframe betul. Yang ko pi letak kat situ dah kenapa Hajar. Kang ada jugak followers aku yg kisar bendi tu sekali. Mampuih satgi. Hahaa.


✅ Bahan Kisar :

1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili kering
*Dikisar bersama

*Take note utk bahan kisar yg Hajar guna
Korang jangan konfius dlm gambar tu Hajar kisar cili kering yg dah dimesin sekali lagi dgn bawang merah & bawang putih sbb kat rumah Hajar mak Hajar selalu dah sediakan cili kering yg dah direbus & dimesin.

1. Kalau korang dah ada cili mesin, blh kisar sekali lagi dgn bahan kisar
Atau
2. Slps kisar bawang merah & bawang putih, campurkan sekali cili mesin dgn bahan kisar.
Atau
3. Kalau korang takde cili kering yg dah dikisar, kalau nak rebus dulu cili kering rebuslah & ikutlah cara 1 atau 2.

Cara lain kalau takde cili yg dh dimesin, mesin je sekali dgn bawang merah & bawang putih atau rebus cili kering dulu kemudian kisar bersama bawang merah & bawang putih. Semua blh buat ikut kesesuaian. Nak guna cili merah pun boleh uolss.

Haa gitu sekali nak terangkan. Biashela kite orang muda kadang tak paham tgok resepi. So Hajar nak kasi korang pandai flexiblekan masakan tanpa ikut resepi sebijik2 kot2 kat rumah tu barang tak lengkap tapi nak kena masak urgent kan.

✅ Cara2 :

1. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.


Ok jom start masak. Masukkan sedikit minyak & panaskan.


Masukkan bahan kisar & kacau. Panaskan sehingga naik bau.

2. Masukkan bendi & kacau.



Masukkan bendi & kacau rata.


Tambahkan air secukupnya & kacau rata. Biarkan sehingga air mendidih. Kacau & tunggu bendi sehingga separuh masak & kacau lagi. Macam mana nak tau bendi tu dh masak tak, bila dia dah kecut & lembut tu dah masak la tu. Tambahkan garam & perasa (Hajar guna Knor) sehingga cukup rasa. Masukkan telur sehingga masak. Masukkan serbuk kunyit (jika perlu untuk masakan kelihatan kuning) & kacau rata. Biarkan seketika dan....

3. Siap untuk dihidang!


Yayy dah boleh hidang! Yahuuu. Jomlah kita mengenyangkan peruttt 💃

-----+++++-----

Haa korang yang tak pernah buat lagi bolehlah try. Let's do this. Thank you sudi baca resepi masakan simple Hajar buat kali ni. Nanti kalau korang buat ikut resepi Hajar ni, tagla Hajar tau kalau post di social media 😍

#bendimasaktelur ni memang favourite Hajar lah makan sekali dgn nasi. Diratah macam tu pun sedap menyengat uolss.

Korang ada juga tak yg suka Bendi Masak Telur ni cuba komen sbb Hajar nak tau sape yg sama lidah dgn Hajar ni 😋

Monday, August 24, 2020

WELCOME 2020! Blog Hajar berwajah baruuu

Assalamualaikum & selamat malam gais!

Happy 2020. I'm back!

Hajar harap korang sentiasa ceria & happy selalu. Lalui hidup dengan tenang & bahagia k sebab kita kita kan watak utama dalam cerita hidup kita. Watak utama kena hati sado okay!

Dah lama Hajar tak update blog Hajar ni kan. Since Hajar last update blog tahun lepas, sebenarnya dah banyak sangat posting yg Hajar post di Ig & FB. I tak share kat sini je. Twitter Hajar tak update sbb uninstall. Hp I tak cukup storage. Hahaa.

Begitu banyak coretan yg sudah aku tuliskan di sana menjadikannya sebuah ceritera untuk aku & kau saling menyatu biarpun jauh beribu batu. Tapi tulisanku ku anggap penghubung antara kau & aku. (Baca dengan nada puisi k hiks)

So korang aaafolloowwla semua social media Hajar kalau nak tau perkembangan semasa Hajar apa yg Hajar update tiap masa sebab tiap social media Hajar content tak semua sama tau.

Sebenarnya juga banyak yg Hajar nak cerita & puisi yg Hajar nak karang sbb Hajar & buku cerita hidupnya kan tak pernah habis. Hihi. Meronta-ronta akal & hati ini minta dilepaskan di sekeping keyboardddd tapi tulahhhh....... Apapun now I'm back! 😍

Alang-alang dah lama tak update blog, korang perasan benda baru tak? Blog Hajar dah berwajah baruuuu. Yayyyy! Korang sila perasan yg blog Hajar dah berbeza 😏


Okay okay Hajar bagitau. Nahhh! Perasan tak 2 kotak merah & 2 anak panah merah tu? (Tengok tu last post Dec 2019 hihi)

Sekarang blog Hajar muncul dgn nama baru yakni hajarmoeslim.blogspot.com yg lebih mudah disebut & mudah diingati (nama lama shmyhajar.blogspot.com) memandangkan nama lama selalu menimbulkan kesusahan untuk disebut, diingati & selalu menjadi diskusi, tanda tanya & perdebatan antara kawan-kawan Hajar kenapa SHMY? Sape tu MY? Nama pakwe ke? Eh ehhh! Pakwe celah pokok mane lah 😂😂😂

So Hajar tukar nama yg lebih friendly. Okay korang! Yayyy. Korang tengokla puisi tak habis yg Hajar buat kat poster tu.. Sambungannya hanya kau & aku yg tauu. Eh eh! Lariiiikkk. Nama social media lain pun semua Hajar dh tukar nama ni k. Senangg.

Header tu Hajar tukar baru jugak. Dapat jugak Hajar crop gambar Hajar sebijik letak kat situu. Dah lama Hajar nak buat header macam tu tapi baru jumpa editor crop yg Hajar suka & senang nak mampuusss nak cropp sbb jari I selalu tergelincir masa mengedit! Hahaahhh.

Lepastu I puas hati sangat sbb boleh letak beberapa baris puisi kat situ sbb Hajar nak tiap kali korang masuk blog Hajar, korang dapat rasa aura diri Hajar yg sangat meminati puisi & semoga dgn puisilah kita makin terpaut erat. Seni bahasa kita jangan dipupuskan ❤️

Ok korang. Thank you sudi baca entry Hajar kalini yakni entry pertama untuk 2020. Finally I did it lepas banyak kali nak karang tak jadi nak post! Hajar happy sangat korang sudi baca entry di blog Hajar. 

Assalamualaikum wbt 😘