Sunday, June 16, 2019

CARA MUDAH BUAT HEADER BLOG (GUNA SMARTPHONE PUN SENANG JE)


Assalamualaikum!

Harini aku nak kongsi dengan korang cara nak bina sendiri header blog mengikut saiz yang betul. Sebenarnya aku nak tulis pagi tadi lagi. Tapi disebabkan harini hari pertama untuk postage #muslimwearchannel lepas raya, maka aku settlekan dulu postage-postage customers & dropship-dropship aku yang order lepas raya haritu.

Postage #muslimwearchannel
Thank you customers & dropship!🌹

Lepas dah settle hantar ke pejabat pos, sekarang aku dah boleh menulis blog dengan tenang. Muahaha.

Dulu aku selalu bermasalah nak bina header blog sebab tak tahu saiz sebenar tapi sejak aku serius nak menulis blog ni, tiba-tiba semalam dapat ilham direct dari langit. Cehhh ayat tak pernah nak kalah 😆

Biasa tak kalau korang buat header blog, korang terpaksa edit stretchkan gambar tu sampai gambar nampak ditarik kiri & kanan hasil editing membuatkan header blog korang nampak tak semengah. Hee. Aku pun sama, header blog aku dulu pun tak semengah walaupun dulu aku manualkan size gambar header di apps editing.

Selepas aku dapat cari idea macam mana nak buat size header yang bertepatan dengan saiz background blog aku semalam lepas explore apps editing dalam fon aku, terus aku buat header blog aku yang terkini & cover page facebook aku sekali aku buat. *lain maciam betul rajin dia


Taraa!
(Korang tengok saiz dia sama kan dengan lebar background aku tu, tengok pada tanda anak panah aku buat tu. Box dia tak terkeluar atau lebih pendek dari saiz background blog aku yang bahagian bawah. Kiri & kanan maintain sama je)

Kalau ikutkan , banyak di google providekan design header yang free. Tetapi disebabkan aku jenis yang sukakan originality, aku tak suka celup-celup hasil tangan orang lain buat. Aku suka hasil tangan dari copyright aku sendiri. Jadi aku buat je guna editing application.

Aku ajarkan semula step by step cara nak buat header yang macam aku buat ye.

#1 PERTAMA

Aku guna smartphone je sebab laptop yang aku guna tak boleh sambung dengan wifi. Tak tau kenapa.

*Aku guna application PICS ART. Application lain pun boleh je, tapi aku suka guna pics art ni sebab banyak function. Kalau korang nak install, boleh install di playstore.


Pilih Picsart yang ni. Ni aku tak update lagi latest version sebab tu keluar update pada tanda hijau. Kalau belum install dia akan keluar perkataan install pada button hijau update tu & korang tekan. Lepas korang install, buka paparan pertama Pics Art ni & keluar macam ni.


Tekan button (+)


Tekan (see all)
Ni untuk cari background warna putih macam aku. Kalau korang nak buat warna lain pun pilihla warna lain.


Pilih warna putih tu.


Lepastu akan keluar macam ni.


Kemudian ni untuk buat size. Korang crop je ikut saiz korang nak try an error mengikut saiz background blog korang. Kalau nak macam saiz header blog aku tengok bawah ni.


Pilih saiz yang free pada bold biru kat bawah tu & header blog aku tak silap aku bahagi 2 je macam ni.


Lepas bahagi 2, dapat hasil macam ni. Saiz jadi besar ni. Tu kalau korang nak saiz macam header blog aku.


Kalau nak kecilkan atau besarkan, adjust je saiz crop tu. Ni makin kurang lebar.


Ni makin pendek.


Okay lepastu ni untuk buat corak bunga-bunga macam tepi header aku. Tekan brush bunga ni.


Aku pilih corak ni. Kalau korang nak corak lain pilihla corak lain.


Ni aku dah brush corak bunga tadi.


Lepas dah siap, pilih text.


Aku pilih tulisan ni sebab tulisan aku tak banyak. Aku tak download 🤣


Taraa dah siap!
Inilah hasilnya aku buat yang aku guna di header blog aku.

Tadi aku tunjuk cara-cara dari awal.


Lepas siap, save di gallery. Siap & boleh upload di blog!😍


Inilah hasil header blog aku!😍😘
Kalau size header aku buat tu sesuai untuk saiz background blog aku yang aku setting di background. Kalau saiz korang setting tak sama dengan aku, adjustla sendiri saiz headernya dengan crop macam aku ajar tadi sampai dapat saiz yang ideal dengan background. Macam saiz yang aku tak adjust kelebaran dia ni memang tepat-tepat dengan size background aku.

Okay! Korang perasan tak corak background bunga-bunga belakang tu sama dengan corak bunga header aku, tu pun aku brush sendiri je guna picsart macam tadi. Brush je penuh-penuh di page tu.

Alhamdulillah, sampai sini saja perkongsian aku, SHMYHAJAR untuk kongsikan dengan korang cara-cara nak buat header blog sendiri mengikut saiz yang betul dengan menggunakan smartphoje je. Kalau nak lagi padu, buatla ikut kreativiti korang macam mana sekalipun sampai jadi k. Kalau korang buat aku yakin lagi paduuu.

Okay aku harap perkongsian ni cukup membantu korang. Step by step dah aku share.

Thank you for reading SHMYHAJAR sharing!


Saturday, June 15, 2019

DAPAT DUIT RAYA


Assalamualaikum, hai guyss!

Korang masih beraya ke tuu.. Aku ada je ni, tengah makan kuih raya yang tak habis. Muahaha.

Harini dengan bangganya aku nak cerita kat korang yang aku dapat duit raya! Yeayyy (bangga sampai guling-guling gitew dapat duit raya) *dapat duit raya macam dapat Vellfire. Ops okay la tu asal bunyi "ye ye" kat belakang. Jangan loading pliss.

Raya kedua tiga empat lima enam belas hari ni lah aku baru dapat duit raya. Hee. Ni duit raya pertama aku tahun ni. Yelah dah tua ni sape je yang nak bagi aku duit raya. Aku pun malu kalau ada orang nak bagi lagi 🤣

Ehek ehekk ~
Duit raya.

Semalam saje je aku pau kakak aku suruh dia bagi aku duit raya sebab dia bangga duk cakap dia dapat banyak jugak income bulan ni. Tapi dia kata tak cukup lagi (aku simpulkan bangga tapi rendah diri barangkali) hakhak.

Sesudah tu aku pun on la wire ceramah. Aku cakapla kalau nak rezeki banyak & berkat kena memberi pun banyak. Lepastu aku tambah la perisa sikit dekat belakang, "Kau kena bagi kat adik kau yang *tuttt* ni". Paduu tak ayat pancing aku.

Hahahaa dia pun gelak macam background senario tu. Ngee

Sebenarnya aku saje ke gurau, takdelah nak suruh kakak bagi betul-betul.

Tapi kalau rezeki tak ke mana kan.

Yeayy duit raya aku! Cuba teka berapa kakak aku bagi.

Aku cuma buat ceramah pasal rezeki plus tagih kasih sayang seorang adik sikit je. Dunia dapat akhirat dapat. Duit tu dunia, akhirat tang ceramah tu. Tak giteww. Ahaks!

Lepastu tiba-tiba dia keluarkan duit bagi aku duit raya. Melompat kegirangan lah aku! Eh tua pun larat lagi melompat.

Aww duit raya ~

Mula-mula dapat sekeping je warna merah, lepastu dia tambah lagi dua keping warna biru muda (biru muda k, jangan tertukar dengan biru tua) kalau dapat biru tua, lagi aku tambah kalori kasih sayang pada kakak aku. Ahaks

Hee thank you kakak! Lepas dapat duit raya ni tiba-tiba aku rasa muda balik *tangan atas bahu, mata naik atas

Aku sentiasa harap rezeki kau murah selalu.
Nah kiss sayang sikit 💋
Aww sweetnya aku!

Sekian, kisah seorang adik yang bangga kakaknya bagi duit raya!🤣


Friday, June 14, 2019

SHMYHAJAR RASMI BLOG!


Hai Assalamualaikum korang!

Apa khabar tewww, kome semua sihat ke idok...?

Koi harap kome semua sihat hendaknya ye. acecehh (macam buat surat rasmi zaman sekolah rendah dulu pulak intro kau tu deknon)

Disebabkan ni entry pertama yang aku tulis dalam blog aku ni, aku nak beri sesuatu kat korang. On ke onzz?

Okay cuba teka apa. Yang penting bukan hadiah duit raya. Kuakuakuaaa

Ok takpo la ea yang penting dia bersifat hadiah la jugakkk kannn. Aku nak tulis satu sajak khas untuk entri pertama blog aku ni. Nahhh sila baca dalam nada sajak. *tingggg


(sebelum bersajak kena ambil feeling bunga sakura dulu)* acah bunga sakura padahal daun kering*

MUSAFIR PEMBURU SYURGA

Ini cerita aku & kamu,
Kita sama musafir di padang pinjaman ini,
Meneroka segenap alam yang dipinjamkan,
Penuh warna-warni,
Juga onak duri.

Kadang dia berpelangi,
Aku & kau tersenyum riang melompat sana & sini,
Kadang datangnya ribut taufan,
Menyambar seluruh genap pandangan ini.

Tapi,
Aku & kau saling memimpin,
Untuk ketemu lagi pelangi indah itu,
Kerna padang ini akan tandus akhirnya.

Dan untuk kita sama-sama tahu,
Lorong jalan pulang kita cuma ada dua.

Jika kita rebah ketika ribut taufan datang melanda,
Kita lah pelorong keji itu.

Jika kita saling memimpin,
Meski pelangi & ribut taufan saling silih berganti,
Kita tetap masih bersama.
Kitalah pelorong yang dinanti.

Hakcipta ditulis oleh akal seni : @shmyhajar

Sekian, saya Siti Hajar *** pendeklamasi sajak anda pada hari ini, akal seni tidak mungkin pupus ditelan zaman.

*tepek gambar skema jap

Pssttt cewahhh! Sambil-sambil tengah memulas akal mencoret idea aku pulak yang lebih-lebih fefeeling baca dengan irama dia sekali (macam tengah kat atas pentas gitewww)

HAHAHA ( jom gelak sama-sama )

Dah siap pun benda yang aku janjikan nak bagi dekat korang tadi. Inilah hadiah nyo eaaa. Aku kongsikan sajak tulisan hati aku sendiri,  seorang bernama SHMYHAJAR khas untuk anda semua hayati maksud di balik tiap suku kata yang aku pintalkan.

Sebenarnya, sajak yang aku tulis ni ada maksudnya sendiri yang nak aku sampaikan pada kita semua. Tapi aku tulis di entri seterusnya ye. Jangan lupa follow next entri aku. (Polis entri 1 2 jaga. Eh tiberr)

Korang rasa apa yang aku nak sampaikan?
Cuba korang share suku pandangan korang.
(aku saited nak tauu ni 🙊)
Kalau betul korang teka, korang powerr.