Wednesday, August 4, 2021

IPAD AKU BERWAJAH BARU!

Assalamualaikum wbt.

Hello hello hajarmoeslim.blogspot.com beraksi lagi. Yeeha!

Beberapa hari lepas, aku dah tukar tempered glass dan casing ipad aku. Harini dengan bangganya aku nak bagitau semua warga blog yang ipad aku dah berwajah baru! Kikii.

Aku sebenarnya nak tukar tempered glass dan casing ipad aku masa mula-mula beli bulan lepas lagi. Tapi maklumlah musim Covid sekarang ni kedai tak boleh buka. Aku pun pakai je lah tempered glass dan casing asal kawan aku tu.

Aku survey juga casing di shopee. Macam selalu, aku memang kaki survey sampai puas. Tapi tempered glass yang lama, aku tak berani nak buang dan pasang sendiri yang baru. Jadi aku fikir pergi beli semua kat kedai je lah.

Sekarang ni ekonomi di Kelantan dah dibuka perlahan-lahan. Kebetulan haritu masa aku tengah tengok ig story, aku tertengok pula story kawan aku beli fon di KB Mall. Eh rupanya kedai fon di tingkat atas KB Mall dah buka wehhh. Aku ingatkan tak buka lagi. Cuma dorang buat siap-siaplah penjarakan. Aku pun pergi lah beli.

Aku tukar tempered glass di Mobile Station. 12 ringgit je.

Ceritanya masa aku nak pergi beli casing ni, aku pergi banyak kedai kat sana tapi banyak yang takde stok. Ipad aku ni kan model lama. 5th gen ni 2017 tak silap aku. Aku pun pergi lagi kedai lain sampailah di 1 kedai Uncle China ni. Aku tanya dia,, “Ada model ipad ni tak”. Dia pun suruh staff dia cari model 9.7 inch. Cari punya cari, tak jumpa. Uncle tu cari sendiri pula kot tak silap aku. Ke dia suruh staff dia yang cari. Lupa pula aku. Jumpalah 1 casing ni. Dia terus buka plastik dan pasang di Ipad aku untuk cuba muat ke tak.

Mula-mula aku tengok, aku tak berkenan material dia. Tapi aku jadi serba salah pula sebab Uncle tu dan staff dia sanggup cari sampai jumpa dan paling aku tak sampai hati, dia dah pasang di ipad aku. Aku pun serba salahlah nak beli ke tak. Aku pun tengok tag harga dia. Terkejut aku weh. 58 ringgit! Aku bajet nak yang harga 20 ringgit ke bawah je.

Aku diam dulu sambil dia duk pasang casing tu. Aku terfikir-fikir macam mana nak buat ni.

Kebetulan staff dia cakap yang casing ni ada warna hitam je dan ada design tu je yang last. Kebetulan aku ada aim design yang aku nak dan aku nak cari casing yang warna merah je. Aku pun terus jadikan alasan aku tak jadi beli. Wahahaa. Adoila. Aku tanya dia ada design lain lagi tak. Dia kata takde. Aku pun cakapla kalau boleh aku nak warna merah. Begitulah ceritanya. Nasib baik aku tak jadi beli. Kalau tak, lebur 58 ringgit aku daripada asalnya nak bajet 20 ringgit ke bawah je.

Dahla aku pinjam duit mak aku je dulu 50 ringgit sebab aku takde cash. Aku pula dah beli earphone RM8, Mic RM12, kakak aku minta tolong aku pi tukar tempered glass fon dia RM10 pakai duit tu dulu dan aku tukar tempered glass ipad RM12 kat kedai yang aku pergi sebelum tu. Tolak tambah dengan duit aku yang ada dalam dompet tinggal RM15 je. Memang gilerr lah kalau aku beli juga 58 ringgit tu. Karang sampai malam aku terkenang-kenang nasib aku seharian.

Lepastu aku pergi DIY. Nasib baik kat situ ada design yang aku memang nak. Cuma takde warna merah pula. Adedeiii. Aku berkenan warna merah je. Kat situ ada warna hitam, pink, grey dan warna apa lagi entah aku tak ingat. Aku malas dah nak pergi kedai lain. Dahla aku boleh gerak masa kakak aku ada kat rumah je. Aku tengok harga RM18. Aku pun kira nak settle haritu terus la. Aku terfikir juga nak ambil warna apa. Gold dan Grey pun macam okay. Asalkan warna tu masuk jugala dengan minat aku. Aku pun kira settle warna Gold. Staff terus pasangkan casing aku kat situ.

Masa nak bayar, aku baru teringat pula dalam dompet aku ada baki 15 ringgit je termasuk duit aku yang ada berapa ringgit je dalam dompet. Alamak! Aku tanya staff, boleh bayar dengan kad debit tak. Nasib baik boleh. Selamattt! Kalau tak, kena berjalan lah aku pergi kat parking semula pinjam duit ma aku. Aku pun masa tu tak ingat yang dalam KB Mall tu ada ATM kat tingkat berapa entah. Kahkah. Tapi jadi 1 kerja la pula. Aku dahla dah ada di kaunter.

Puas hati aku tengok ipad aku dah macam ipad yang baru beli. Wehee! Walaupun Ipad secondhand, tapi look tu yang penting kena nampak baru. Begituuhhh!

Dah siap balik rumah semua, terus aku cuci ipad aku dengan air pencuci spec mata dan aku terus transfer balik duit 50 ringgit yang aku pinjam duit ma aku tadi. Kakak aku bayar dalam kereta lagi sebab dia ada cash cuma malas nak buka dompet je masa sampai sana. Kahkah.

Bukan yang baru takpe, asalkan dalam helokk.

Bukan yang mahal takpe, asalkan look cantekkk.

Begitu aku punya tagline kalini!

Ok gais, itu sahaja entri aku kalini. Terima kasih kalau korang suka entri aku. Beginilah seorang Hajar, dia cerita je apa yang dia nak cerita. Wehehee.

Assalamualaikum wbt.

Monday, August 2, 2021

TEMPAT MAKAN VIRAL DI KOTA DAMANSARA - SORU STATION

Assalamualaikum semua warga blog.

Salam 8:34 pagi.

Korang nak cari kedai makan bajet yang sedap? Baca entri aku ni.

Semalam aku duk fikir esok nak tulis apa eh di blog aku. Teringat pula tahun 2019, aku ada pergi 1 kedai makan di Kota Damansara yang aku puas hati gilerr. Bulan 6 2019 dulu, aku ada pergi KL dengan kawan aku sebab ada Seminar Rahsia Ceramah Memukau (RCM) kat sana untuk konsultan Kembara Inspirasi Ventures. Sebelum gerak balik, kawan aku bawa makan-makan di kedai makan bajet area sana yang pernah viral dalam Jalan-jalan Cari Makan TV3 sebab esok paginya kitorang dah nak gerak balik. Banyak juga kedai makan kitorang pergi. Tapi SORU STATION ni kedai paling best yang aku pergi.

Dulu aku pernah review pasal kedai ni di ig aku. Kalini aku nak share untuk warga blog pula. Aku tak tau lah kedai ni buka tak musim-musim Covid sekarang ni. Tapi mana tau korang nak pergi bila-bila kan.

SORU STATION ni terletak di Kota Damansara, Selangor. Malam tu kitorang ambil grab dan gerak ke sana. Sampai je sana, aku tengok penuh orang kat situ sampai takde meja kosong. Aku dengan kawan aku menunggu juga lah untuk dapatkan seat. Tengok ada orang blah je, terus kami cop seat sebab kat sana kita boleh cop seat dengan nombor tak silap aku. Ambil di meja kaunter dan letak nombor atas meja yang kita nak. Satu usaha yang bagus dari SORU STATION memandangkan customer yang ramai. Takdelah customer bimbang seat kena kebas masa pergi order di kaunter.

Masa beratur nak order, aku tengok menu yang ada. Menunya ada di bahagian macam KFC. Aku buntu nak order apa sebab menu takde gambar dan semua dalam Bahasa Inggeris dengan nama yang unik-unik entah bahasa apa. Satu-satu nama berbelit lidah aku nak sebut. Aku tak tau satu habuk apa menu yang ditulis.

Alternatifnya, aku Google je nama menu sambil beratur. Kemudian, tengok gambar makanan yang keluar di google. Sempatla aku meng-Google sebab ramai orang yang beratur. Kedai tu pun kedai viral. Mesti ada punya yang pernah review di blog, fb, ig atau mana-mana. Kalau rasa nak fikir lama sikit, bagi je la orang belakang dulu. Macam yang aku jangka, memang ada yang review. Kalini aku pula yang nak review.


NAMA KEDAI : SORU STATION

LOKASI : Kota Damansara, Selangor

MENU (yang aku order) : Chicken Parmigiana dan Strawberry Float

1. CHICKEN PARMIGIANA (RM9)

Aku memang hantu ayam. Selalu kalau pergi kedai makan, aku akan order Chicken Chop. Tapi sebab sini takde Chicken Chop, aku rasa tertarik nak cuba Chicken Parmigiana. Tengok gambar pun macam sedap. 

HARGA

Bagi aku, harga RM9 ni sangat murah sebab aku biasa makan Chicken Chop di  gerai-gerai kawasan kampung dan bandar pun RM8 - RM10. Jadi untuk Chicken Parmigiana yang lagi extra dengan harga yang tengah-tengah dari Chicken Chop ni, aku rasa sangatlah murah. Ayam yang aku dapat pun besar juga. Memang sesuai nak makan bajet kat sini.

BAHAN

Mula-mula aku tak tau apa yang disalut pada ayam tu. Aku Google punya Google, selalunya resepi Parmigianan disalut tepung roti dicampur keju. Aku tak pasti pula SORU STATION ni guna apa. Tapi aku senaraikan sebagai tepung roti dan keju lah ye sebab aku makan pun ada rasa macam campur keju juga (kalau aku salah, betulkan aku).

Ayam disalut Tepung Roti yang dicampur Keju, Kentang Putar, Jagung Manis, Sos lebih kurang Chicken Chop *(kalau salah betulkan ye)

RASA

Apa aku paling suka Chicken Parmigiana ni adalah balutan pada ayam tu sedap mengancam. Bila ratah ayam yang disalut dengan salutannya, dicicah dengan sos, dimakan dengan kentang putar, ditambah pula jagung manis sebagai pemanis mulut dan sos berlemak yang aku rasa lagi sedap dari sos Chicken Chop, argh sampai sekarang aku masih teringat-ingat.

98% aku bagi.

KUANTITI

Bagi aku, ayam yang aku dapat besar jugala. Padan dengan harga. Berbaloi! Aku ni nampak je kecil, tapi tangki perut besar. Bagi aku, saiz ayam dan isi ayam dia cukup okay untuk kenyangkan perut aku.

PRESENTATION

Presentation makanan bagus, cantik dan kemas. Lulus untuk ambil gambar.


2. STRAWBERRY FLOAT (RM3)

Aku order air Strawberry Float.

HARGA :

Bagi aku harga air murah compare to aku boleh jumpa RM3 - 5 air macam ni. Tapi, kat sana boleh dapat RM3 je.

BAHAN :

Aku tak pasti.

RASA

STRAWBERRY float ni bagi aku biasa-biasa je. Nice aje.

65%  aku bagi.

KUANTITI

Banyak dan padan dengan harga. Tak tercekik lah kalau aku makan banyak pun.

PRESENTATION

Nice & simple. Dalam bekas plastik.



MENU (yang kawan aku order) : Nasi Ayam Rose dan Iced Mocha

Kawan aku ada pelawa aku cuba menu dia. Sempatlah aku rasa sikit.

1. NASI AYAM ROSE (RM8)

HARGA

Aku boleh kata murah sebab banyak dan boleh tahan sedap.

BAHAN

Alamak aku tak tahu la pula. Aku pun tak ingat dah.

RASA

Aku tak ingat sangatlah sebab aku makan sikit je. Kahkah. Tapi aku suka!

Nasi, ayam dan sos aku boleh bagitau sedap. Aku suka.

KUANTITI

Nasi banyak dan ayam besar. Aku puas hati. Tak kedekut langsung. Aku memang suka kedai yang tak kedekut ni. Puas hati makan. Aku ni kalau bab nasi, aku memang suka nasi banyak sebab aku makan banyak. Lepastu aku puas hati kalau dapat lauk besar.

PRESENTATION

Cantik. Lulus untuk ambil gambar.


2. ICED MOCHA (RM4)

Aku tak tau. Aku tak rasa.

Inilah menu yang aku dengan kawan aku order.  Chicken Parmigiana, Nasi Ayam Rose, Strawberry Float & Iced Mocha. Kitorang tak order banyak. Cukup untuk kenyangkan perut je. Menu kami order antara paling murah kat sana & harganya sangat murah bagi aku dengan saiz hidangan yang puas hati iaitu ayam yang besar, nasi banyak, rasa yang masuk dengan tekak aku & air yang cukup nak minum.


SERVIS :

Aku tak boleh tolak ansur dengan servis dorang sebab pelanggan ramai, tapi aku baru duduk kejap je pun makanan dah sampai. Aku ingat bolehlah duduk borak-borak lama sikit. Setakat ni kedai aku pergi, walaupun tak ramai pelanggan tapi sampai habis topik aku nak sembang sementara tunggu makanan sampai. Apa lagi yang ramai pelanggan macam ni.

Tapi berbeza dengan SORU STATION, memang tip top kerja staff dorang walaupun pelanggan ramai sampai tahap seat pun kena berebut nak dapat.

Aku bagi 100% untuk servis.


KEBERSIHAN :

Aku tak ingat sangat. Aku bagi A lah sebab aku takde pun rasa macam tak bersih pula masa tu.

Aku bagi A.


SUASANA :

Selesa dan friendly untuk port lepak


REVIEW KESELURUHAN :

90% aku bagi.


REPEAT?

Kalau aku datang Kota Damansara lagi, aku pasti akan pergi SORU STATION lagi. Aku nak order Chicken Parmigiana lagi. Aku rindu nak makan Chicken Parmigiana. Lepastu aku nak cuba pula makanan lain. Aku nak makan banyak-banyakkkk.

Ini dia review jujur dari aku untuk kedai SORU STATION, Kota Damansara! Terima kasih SORU STATION  untuk makanan yang sedap, tahniah untuk servis yang pantas dan terima kasih my bestie untuk pengalaman aku kat sana. 5 bintang aku bagi ⭐⭐⭐⭐⭐

Memang power kawan aku cari kedai!


DISCLAIMER : Semua review yang aku tulis jujur dari aku sendiri mengikut citarasa dan pengalaman aku (lain orang lain citarasa). Aku tak compare dengan mana-mana kedai lain. Tapi aku review ikut tekak aku, kepuasan yang aku dapat kat sana, lokasi kedai, servis & rating yang aku bagi sebagai kedai famous yang viral.

Aku boleh cakap, PATUTLAH FAMOUS!

Kalau korang pergi sana, korang wajib cuba makan di SORU STATION ni okay.


Itu saja review aku. Aku minta maaf kalau ada tersalah kata dan tersalah info dalam review ni terutamanya kepada pihak SORU STATION. Kalau ada info yang aku tersalah sampaikan, boleh bagitau aku okay. Aku cuma nak kongsi pengalaman best yang aku dapat kat sana. Terbaik SORU STATION!

Bye bye.

11:08 a.m, settle 1 entri aku harini.

Assalamualaikum wbt.


KISAH HAJAR DAN IPAD (PART 2)

Assalamualaikum semua. Pagiii.

Entri kalini aku nak sambung cerita pasal ipad yang aku belum habis cerita di post yang lepas tentang macam mana aku boleh beli ipad dengan kawan aku sampai aku boleh comeback update blog balik.

Jom Part 2

(Hmm sebenarnya semalam aku dah tulis 3/5 tau. Lepastu aku tinggal. Tengok-tengok dah hilang. Aku ingatkan masuk dalam draft. Aku pun takde idea dah nak buat intro apa. Semalam suis otak aku bersambung sikit. Kemain aku mengarang semalam. Ahh pedulikk aku. Aku buat yang barulah)

Kalini aku nak share macam mana aku boleh beli ipad dengan kawan aku. Hasrat untuk aku beli ipad memang dah lama ada. Tapi hari demi hari, aku terus bermimpi sambil jual baju jual tudung jual skirt jual niqab. Kua kua. Begitulah kalau nak benda, kena usaha.

Asalnya aku ada fikir nak beli thermal printer dulu untuk mudahkan aku print consignment notes. Sekarang aku guna printer Canon ink Cartridge. Cepat gila weyy habis dakwat. Aku print berapa keping consignment je pun dah jadi kelabu ink warna hitam aku. Aku pula print dari app smartphone. Jadi dia auto keluar printing warna walaupun aku dah set grayscale. Kertas pun banyak bazir sebab kertas yang terpaksa print 1 consignment notes, dia akan banyak lebihan dan tak boleh guna balik sebab tak boleh setting guna fon. Aku simpan je untuk draft apa-apa. Bayangkanla berapa kali aku post, berapa banyak bazir kertas. Lepastu aku malas nak tampal atas kertas tu dengan salotape. Masa parcel banyak, jenuh aku. Jadi 1 kerja pula. Kalau guna thermal printer, boleh terus tampal je. Haagiteww senang.

Masa raya haritu, sales aku masyuk sikit. Aku ingat nak beli thermal printer. Tapi aku tambah tolak segala benda, aku fikir beli lain kali je lah.

Lepastu ceritanya mula macam ni.

Aku ada banyak akaun bank sebab aku asingkan simpanan aku. Macam Bank Islam dan BSN, keduanya simpanan peribadi tapi kegunaannya lain-lain. Ada 2 akaun bank yang aku belum daftar online banking iaitu Bank Rakyat dan BSN. Bank Rakyat duit simpanan peribadi dan BSN duit simpanan bisnes. Sebelum ni aku sengaja tak buat online banking untuk kedua bank ni sebab aku tak nak aku gatal nak check baki pastu gatal buat-buat terlanjur pi shopping online. Jadi kalau aku perlu guna, aku pergi je ATM.

Tapi susah juga. Tiap kali aku nak transfer duit supplier, aku kena pergi ATM. Aku pun nak buatlah online banking BSN. Tapi 3x aku pergi cawangan untuk tukar no fon, alih alih masih lagi no fon lama. Dorang kata kena call operator. Aku call operator. Ok settle online banking doploh kelip mata.

Bank Rakyat, aku masih tak nak buat online banking sebab tu simpanan peribadi. Tapi susah juga bila tak buat. Tambahan musim COVID sekarang ni. Aku nak pergi ATM kat bandar pula 1 hal. Aku fikir daftar je lah online banking kat web kebetulan aku baru lepas rombak balik jenis simpanan aku dan ada nak tambah akaun bank baru. Kalau buat online banking senang kerja nak pindah duit sana sini. Tapi rupanya kad aku dah expired. Kena buat kad baru dulu baru boleh daftar.

Aku pergi lah bank buat kad baru. Aku check baki, rupanya adaaa jugaklah beberapa ratus duit aku dalam tu. Aku ingat tinggal 50 ringgit atau 100 ringgit je sebab aku pernah ambil sebelum ni. Wehee. Terkejut aku! Lepas aku pernah ambil dulu, aku ada topup 10 ringgit 50 ringgit macam tu je sebabtu ingat tinggal banyak tu je.

Lepastu, aku kira-kira macam cukup je nak beli ipad kalau aku tambah sekali dengan duit aku yang lain. Aku check simpanan bisnes aku dan aku check duit aku yang lain sikit. Catu punya catu, ok on. Mulanya aku sayang nak guna duit simpanan bisnes sebab duit tu untuk simpanan modal MWC je. Tapi aku fikir ipad pun pelaburan untuk bisnes juga. So why not?

Catu catuu duit, aku pun decide nak beli. Muahahahaa. Mencatu duit weh nak beli ipad. Habis duit aku! Wahahaa.

Padahal haritu aku ada nak beli thermal printer yang harga 300 ringgit tapi punyalah aku berkira (aku ada cerita kat atas tadi). Tup tup ipad yang harga lagi mahal dari printer, aku tak fikir banyak kali pun nak beli. Siap sanggup mencatu duit lagi. Aku macam, “Apa kena dengan kau ni?”. Kahkah. Mungkin sebab aku dah ada printer biasa. Jadi aku tak jadi kan thermal printer sebagai keutamaan untuk aku tergesa-gesa beli sekarang. Aku pula tengah nak launch produk baru aku, Edha Dress dan aku tengah membuak-buak nak buat bisnes baru yang tak pasti jadi ke tidak lagi. Hahahh. Itu yang aku tak fikir panjang nak beli. Sebab-sebab lain kau bacalah di post lepas. Banyak sebab aku nak beli ipad. Jadi aku fikir banyak benda boleh settle kalau aku beli ipad.

Aku whatsapp kawan aku dan tanya dia nak jual tak ipad dia sebab aku rasa kawan aku tu macam tak guna sangat ipad dia. Dari zaman belajar dulu lagi dia pernah tanya aku, “Awak guna ke ipad? Saya ni tak guna pun”. Itu yang aku terlintas nak tanya dia.

Mula-mula kawan aku balas macam tu. Lepastu kawan aku cakap ipad dia, dia bagi anak sedara dia main game je. Kemain dia! Wahahaa. Lepastu dia tanya aku, aku berani ambil harga berapa ipad tu. Aku ada la bajet harga yang aku betul-betul nak. Tapi aku bimbang juga takut kawan aku rasa murah sangat.

Aku pun decide nak up sikitlah harga paling tinggi yang aku mampu. Belum sempat aku send, tiba-tiba kawan aku sendiri letak harga yang aku nak tu. Aku terkejut wehhh. Macam tau-tau je aku nak harga tu. Aku pun gembira lah! Aku pun beli inflatable bubble air kat shopee dan send ke alamat rumah kawan aku untuk pastikan ipad sampai dengan selamat. Aku catu wehh duit tu nak beli ipad. Kalau sampai je hauk, kecewa aku wehh.

Tiba-tiba aku bermonolog, “Aku beli ipad?”. Aku baru teringat pula yang awal tahun haritu aku ada buat wishlist apa yang aku target nak beli tahun ni dan ipad salah satu target dalam wishlist aku. Tak sangka weh aku dah berjaya dapatkan 1 wishlist aku! Argh nangissss!

Cuma dalam wishlist aku, aku target nak beli ipad 8th gen yang baru saiz 10 inci lebih tu yang 128 gb. Dalam screenshot whatsapp tu aku tersalah tu 9.7 inch sebab aku ingatkan dia sama saiz dengan 5th gen. Research tak habis. Kahkah. Tapi aku sememangnya dah buat plan kedua. Andai kata duit aku cukup untuk beli 5th gen yang secondhand, aku nak beli dengan kawan aku je. Nanti kalau aku dah cukup duit nak beli yang latest, aku boleh je letgo yang aku guna sekarang ni dan beli yang baru. Lagipun aku percaya condition internal ipad kawan aku ni A+ lagi. Bila aku guna sekarang, memang betul lah A+. Sebabtu aku berani beli. 5th gen ni pun masih support IOS 14.6.

Apapun aku berterima kasih sangat pada kawan aku tu sebab sudi jual murah-murah ipad dia kat aku! Thank you bestie!!! Sayang kamuuu.

Itulah cerita macam mana aku boleh beli ipad dengan kawan aku. Sekarang, aku pun dah boleh update blog balik. Selaku orang yang sangat suka mengarang sampai lumat, aku sangatlah bahagia boleh comeback balik update blog. Yeeha!

Thank you sudi baca entri aku kalini.

Bye. Jumpa lagi next entri.

Assalamualaikum wbt.