Monday, August 2, 2021

KISAH HAJAR DAN IPAD (PART 2)

Assalamualaikum semua. Pagiii.

Entri kalini aku nak sambung cerita pasal ipad yang aku belum habis cerita di post yang lepas tentang macam mana aku boleh beli ipad dengan kawan aku sampai aku boleh comeback update blog balik.

Jom Part 2

(Hmm sebenarnya semalam aku dah tulis 3/5 tau. Lepastu aku tinggal. Tengok-tengok dah hilang. Aku ingatkan masuk dalam draft. Aku pun takde idea dah nak buat intro apa. Semalam suis otak aku bersambung sikit. Kemain aku mengarang semalam. Ahh pedulikk aku. Aku buat yang barulah)

Kalini aku nak share macam mana aku boleh beli ipad dengan kawan aku. Hasrat untuk aku beli ipad memang dah lama ada. Tapi hari demi hari, aku terus bermimpi sambil jual baju jual tudung jual skirt jual niqab. Kua kua. Begitulah kalau nak benda, kena usaha.

Asalnya aku ada fikir nak beli thermal printer dulu untuk mudahkan aku print consignment notes. Sekarang aku guna printer Canon ink Cartridge. Cepat gila weyy habis dakwat. Aku print berapa keping consignment je pun dah jadi kelabu ink warna hitam aku. Aku pula print dari app smartphone. Jadi dia auto keluar printing warna walaupun aku dah set grayscale. Kertas pun banyak bazir sebab kertas yang terpaksa print 1 consignment notes, dia akan banyak lebihan dan tak boleh guna balik sebab tak boleh setting guna fon. Aku simpan je untuk draft apa-apa. Bayangkanla berapa kali aku post, berapa banyak bazir kertas. Lepastu aku malas nak tampal atas kertas tu dengan salotape. Masa parcel banyak, jenuh aku. Jadi 1 kerja pula. Kalau guna thermal printer, boleh terus tampal je. Haagiteww senang.

Masa raya haritu, sales aku masyuk sikit. Aku ingat nak beli thermal printer. Tapi aku tambah tolak segala benda, aku fikir beli lain kali je lah.

Lepastu ceritanya mula macam ni.

Aku ada banyak akaun bank sebab aku asingkan simpanan aku. Macam Bank Islam dan BSN, keduanya simpanan peribadi tapi kegunaannya lain-lain. Ada 2 akaun bank yang aku belum daftar online banking iaitu Bank Rakyat dan BSN. Bank Rakyat duit simpanan peribadi dan BSN duit simpanan bisnes. Sebelum ni aku sengaja tak buat online banking untuk kedua bank ni sebab aku tak nak aku gatal nak check baki pastu gatal buat-buat terlanjur pi shopping online. Jadi kalau aku perlu guna, aku pergi je ATM.

Tapi susah juga. Tiap kali aku nak transfer duit supplier, aku kena pergi ATM. Aku pun nak buatlah online banking BSN. Tapi 3x aku pergi cawangan untuk tukar no fon, alih alih masih lagi no fon lama. Dorang kata kena call operator. Aku call operator. Ok settle online banking doploh kelip mata.

Bank Rakyat, aku masih tak nak buat online banking sebab tu simpanan peribadi. Tapi susah juga bila tak buat. Tambahan musim COVID sekarang ni. Aku nak pergi ATM kat bandar pula 1 hal. Aku fikir daftar je lah online banking kat web kebetulan aku baru lepas rombak balik jenis simpanan aku dan ada nak tambah akaun bank baru. Kalau buat online banking senang kerja nak pindah duit sana sini. Tapi rupanya kad aku dah expired. Kena buat kad baru dulu baru boleh daftar.

Aku pergi lah bank buat kad baru. Aku check baki, rupanya adaaa jugaklah beberapa ratus duit aku dalam tu. Aku ingat tinggal 50 ringgit atau 100 ringgit je sebab aku pernah ambil sebelum ni. Wehee. Terkejut aku! Lepas aku pernah ambil dulu, aku ada topup 10 ringgit 50 ringgit macam tu je sebabtu ingat tinggal banyak tu je.

Lepastu, aku kira-kira macam cukup je nak beli ipad kalau aku tambah sekali dengan duit aku yang lain. Aku check simpanan bisnes aku dan aku check duit aku yang lain sikit. Catu punya catu, ok on. Mulanya aku sayang nak guna duit simpanan bisnes sebab duit tu untuk simpanan modal MWC je. Tapi aku fikir ipad pun pelaburan untuk bisnes juga. So why not?

Catu catuu duit, aku pun decide nak beli. Muahahahaa. Mencatu duit weh nak beli ipad. Habis duit aku! Wahahaa.

Padahal haritu aku ada nak beli thermal printer yang harga 300 ringgit tapi punyalah aku berkira (aku ada cerita kat atas tadi). Tup tup ipad yang harga lagi mahal dari printer, aku tak fikir banyak kali pun nak beli. Siap sanggup mencatu duit lagi. Aku macam, “Apa kena dengan kau ni?”. Kahkah. Mungkin sebab aku dah ada printer biasa. Jadi aku tak jadi kan thermal printer sebagai keutamaan untuk aku tergesa-gesa beli sekarang. Aku pula tengah nak launch produk baru aku, Edha Dress dan aku tengah membuak-buak nak buat bisnes baru yang tak pasti jadi ke tidak lagi. Hahahh. Itu yang aku tak fikir panjang nak beli. Sebab-sebab lain kau bacalah di post lepas. Banyak sebab aku nak beli ipad. Jadi aku fikir banyak benda boleh settle kalau aku beli ipad.

Aku whatsapp kawan aku dan tanya dia nak jual tak ipad dia sebab aku rasa kawan aku tu macam tak guna sangat ipad dia. Dari zaman belajar dulu lagi dia pernah tanya aku, “Awak guna ke ipad? Saya ni tak guna pun”. Itu yang aku terlintas nak tanya dia.

Mula-mula kawan aku balas macam tu. Lepastu kawan aku cakap ipad dia, dia bagi anak sedara dia main game je. Kemain dia! Wahahaa. Lepastu dia tanya aku, aku berani ambil harga berapa ipad tu. Aku ada la bajet harga yang aku betul-betul nak. Tapi aku bimbang juga takut kawan aku rasa murah sangat.

Aku pun decide nak up sikitlah harga paling tinggi yang aku mampu. Belum sempat aku send, tiba-tiba kawan aku sendiri letak harga yang aku nak tu. Aku terkejut wehhh. Macam tau-tau je aku nak harga tu. Aku pun gembira lah! Aku pun beli inflatable bubble air kat shopee dan send ke alamat rumah kawan aku untuk pastikan ipad sampai dengan selamat. Aku catu wehh duit tu nak beli ipad. Kalau sampai je hauk, kecewa aku wehh.

Tiba-tiba aku bermonolog, “Aku beli ipad?”. Aku baru teringat pula yang awal tahun haritu aku ada buat wishlist apa yang aku target nak beli tahun ni dan ipad salah satu target dalam wishlist aku. Tak sangka weh aku dah berjaya dapatkan 1 wishlist aku! Argh nangissss!

Cuma dalam wishlist aku, aku target nak beli ipad 8th gen yang baru saiz 10 inci lebih tu yang 128 gb. Dalam screenshot whatsapp tu aku tersalah tu 9.7 inch sebab aku ingatkan dia sama saiz dengan 5th gen. Research tak habis. Kahkah. Tapi aku sememangnya dah buat plan kedua. Andai kata duit aku cukup untuk beli 5th gen yang secondhand, aku nak beli dengan kawan aku je. Nanti kalau aku dah cukup duit nak beli yang latest, aku boleh je letgo yang aku guna sekarang ni dan beli yang baru. Lagipun aku percaya condition internal ipad kawan aku ni A+ lagi. Bila aku guna sekarang, memang betul lah A+. Sebabtu aku berani beli. 5th gen ni pun masih support IOS 14.6.

Apapun aku berterima kasih sangat pada kawan aku tu sebab sudi jual murah-murah ipad dia kat aku! Thank you bestie!!! Sayang kamuuu.

Itulah cerita macam mana aku boleh beli ipad dengan kawan aku. Sekarang, aku pun dah boleh update blog balik. Selaku orang yang sangat suka mengarang sampai lumat, aku sangatlah bahagia boleh comeback balik update blog. Yeeha!

Thank you sudi baca entri aku kalini.

Bye. Jumpa lagi next entri.

Assalamualaikum wbt.

No comments: