Saturday, July 31, 2021

BAHAGIA DI MANA

Assalamualaikum semua pengikut-pengikut blog hajarmoeslim.blogspot.com

Memandangkan aku baru je lepas settle post promote produk aku di ig, aku nak luang masa update blog kejap. Kat bawah ni ig brand aku. Korang boleh search instagram "muslimwearchannel" untuk tengok produk-produk yang aku update kat sana.


 

Aku dah settle post tadi
Jom aku cerita.

Harini aku nak cerita dengan korang pasal satu benda yang agak menyentuh hati aku baru-baru ni.

Aku ada friend dengan sorang wanita di FB. Aku lupa macam mana aku boleh friend dengan dia. Tak silap aku, aku ada terjumpa orang tag dia di fb/page tempat aku belajar yang tag dia di FB sebagai emcee majlis. Lepastu aku tengok profile dia, rupanya dia staf tempat aku belajar dulu & dia banyak mengacara majlis-majlis besar di tempat aku belajar. Video-video di FB yang dia mengacara majlis pun memang best. Aku tengok macam memang profesional emcee. Selain tu, dia juga banyak job luar mengacara majlis besar. Gaya dia mengacara pun kena dengan jiwa aku. Aku tertariklah untuk add dia kat fb. Tak silap aku macam tu lah kot aku boleh start add dia sebab aku terjumpa tag dari post fb. Tambahan, aku memang minat bidang emcee dan aku sendiri bergiat dalam bidang pengacaraan majlis ni. Jadi, aku suka follow orang yang sama bidang dengan aku sebagai inspirasi untuk aku meneruskan diri dalam bidang ini sebab aku suka belajar daripada pengalaman orang lain.

Tak dinafikan juga memang emcee di tempat belajar aku dulu ramai yang power. Perempuan laki masing-masing memang paduuu. Dari student sampailah staf. Cuma masa aku belajar dulu, aku tak kenal la pula dia. Mungkin dia orang baru atau aku tak pernah terserempak atauuuu tak pernah ada dalam 1 majlis dengan dia. Eh banyak pulak atauuu. Kahkah.

Dia aktif juga di fb. Jadi post dia selalu lah juga naik di news feed aku. Dia banyak post video emcee dia. Awalnya aku tengok gitu-gitu je. Selalunya aku tengok dan scroll je lah. Kadang aku skip je. Bila hari-hari nampak post dia, aku rasa macam best semacam pulak dia ni mengacara. Aku rasa tertarik. Aku bukala profile dia. Aku kagum sebab walaupun dia ada job tetap yang bagus, dia berniaga dan buat freelance emcee juga. Bakat dia tak dinafikan hebat dan banyak juga job emcee dia.

Multitasking orangnya. Aku ingatkan dia full time kerja pejabat je. Aku pernah rasa, “Wah bagusnya dia”. Rezeki dalam kerjaya sebagai pengacara pun Alhamdulillah. Aku kagum tengok life dia. Ada job yang bagus, berbakat, ada perniagaan. Aku memang respect wanita yang pandai berdikari, cari duit dan bijak mengatur minat. Tapi tak dinafikan sometimes aku nampak dia struggle. Aku tak tau itu perasaan aku saja atau betul.

Dia juga jarang share life dia kat fb. Banyak pasal diri dia je. So aku tak tau sangat pasal dia. Aku pun takdela follow rapat sangat. Pasal ni aku tak pelik pun sebab aku faham, ada orang yang tak suka tunjuk life di social media. Aku pun antara orang yang macam tu. Di social media aku pun banyak pasal diri aku sendiri dan business aku je. Tu pun 5% over hundred sahaja. Apa yang privacy, aku simpan rapi.

1 hari, dia ada post video di tiktok. Aku terkilan. Di sebalik kehidupan dia yang aku kagumi, aku betul-betul tak sangka ada kisah di sebaliknya. Rupanya dia pernah berkahwin dan bercerai. Dia kahwin kejap je tak silap aku. Dalam 2 tahun lebih kurang kot. Tapi, dia bukanlah menantu pilihan mak mertua dia. Akhirnya, dia bercerai dan dapatkan hak penjagaan anak. Bertahun juga dia fight di mahkamah untuk hak penjagaan anak. Dia ada sorang anak. Alhamdulillah sekarang hak dah jatuh pada dia. Sekarang dia ibu tunggal anak 1 (anak 1 kot).

Sebelum ni aku ingatkan dia tak pernah kahwin lagi sebab aku rasa macam aku tak pernah nampak dia post gambar anak dia. Selalu nampak gambar sorang-sorang je. Sekarang baru aku nampak dia post gambar anak dia. Mungkin aku yang tak perasan kot sebab kan aku cakap, aku tak follow rapat pun. Cuma ada lah sekali tu aku stalk fb dia. Cuma scroll profile fb dia je lah. Dia pun nampak muda. So aku tak agak yang dia dah kahwin. Ingatkan single lagi orangnya.

Bila aku baca kisah hidup dia. Aku rasa hati aku dijentik Tuhan.

Kita manusia ni terkadang terlalu cepat menilai kebahagiaan p

…Ya Ampun weh. Sekarang aku datang nak sambung balik ayat aku tadi kat atas ni. Tadi aku tak habis taip sebab aku mengantuk sangat. Aku tengah taip, rasa mengantuk, terus aku tutup ipad dan tidur. Aku mengantuk sebab pagi tadi, aku, kakak aku dan ma aku terpaksa kena pergi mandi rumah sepupu aku kat kampung sebelah. Sini selalu takde air. Penat tau macam ni. Aiyoo!

Sambungan...

Terkadang aku sebagai manusia terlalu cepat menilai kebahagiaan dan kecukupan dalam kehidupan orang lain berdasarkan apa yang aku nampak. Aku hanya menilai sisi kehidupan harian yang dipertontonkan setiap hari yang nampak bagai tiada apa masalah dan ada macam-macam. Maka, terus letak aras bahagianya di situ.

Tanpa aku tahu, ada ujian yang besar disembunyikan. Tapi, mereka memilih untuk tetap bahagia meneruskan kehidupan dengan bersyukur atas apa yang mereka masih ada.

Namun, orang luar hanya menilai apa yang dipertontonkan saja. Tanpa mengetahui apa ujian yang mereka ini alami. Apa nikmat dan bahagia yang yelah hilang dalam diri. Juga apa perasaan mereka saat ini. Mungkin masih tersisa rasa sedih dan hampa dengan ujian yang dihadapi. Mungkin juga sedang bekerja keras untuk meniti hari. Tapi tetap memilih untuk bahagia kerana kehidupan ini, kita yang menentukan bahagianya di mana. Meskipun ujian datang bersilih ganti, bagai batu yang terus menghentak tanpa henti.

Ini satu pengalaman yang baik bagi aku supaya tak cepat menilai aras kehidupan orang lain dari luaran saja. Apa yang aku dapat, bersyukurlah dengan apa adanya diri kita. Orang yang kelihatan bahagia, mungkin dialah yang lebih banyak diuji. Orang yang kelihatan cukup, mungkin dia sudah banyak hilang apa yang dia sayang. Eh sedih pula rasa. Huh.

Bahagia itu kita yang cipta.

Tenang itu kita yang pinta.

Cukup itu bukan cuma harta dan takhta.

Semuanya bergantung pada diri kita.

Bagaimana menentukan Bahagianya Di Mana.

Sekian, itu saja perkongsian aku untuk entri ini. Aku harap ada sesuatu yang baik korang dapat dari perkongsian aku pada hari ini. Aku harap juga orang yang aku cerita ni dah redha dengan apa yang berlaku dan dah berbahagia dengan kehidupan sekarang. Semoga yang sedang diuji, terus kuat menjalani hari kerana terkadang, kehilangan adalah titik bahagia baru yang Tuhan cipta. Teruskan hidup mu kerana Allah SWT sentiasa ada bersama hambaNya yang bersabar.

Terima kasih sudi baca entri aku. Bila aku cerita pasal ni, aku teringat pula pengalaman hampir sama yang pernah aku lalui sebelum ni. Kalau ada masa lapang, aku tulis okay. Jumpa lagi next entri, InshaAllah.

Assalamualaikum wbt.

No comments: