Saturday, July 31, 2021

BAHAGIA DI MANA

Assalamualaikum semua pengikut-pengikut blog hajarmoeslim.blogspot.com

Memandangkan aku baru je lepas settle post promote produk aku di ig, aku nak luang masa update blog kejap. Kat bawah ni ig brand aku. Korang boleh search instagram "muslimwearchannel" untuk tengok produk-produk yang aku update kat sana.


 

Aku dah settle post tadi
Jom aku cerita.

Harini aku nak cerita dengan korang pasal satu benda yang agak menyentuh hati aku baru-baru ni.

Aku ada friend dengan sorang wanita di FB. Aku lupa macam mana aku boleh friend dengan dia. Tak silap aku, aku ada terjumpa orang tag dia di fb/page tempat aku belajar yang tag dia di FB sebagai emcee majlis. Lepastu aku tengok profile dia, rupanya dia staf tempat aku belajar dulu & dia banyak mengacara majlis-majlis besar di tempat aku belajar. Video-video di FB yang dia mengacara majlis pun memang best. Aku tengok macam memang profesional emcee. Selain tu, dia juga banyak job luar mengacara majlis besar. Gaya dia mengacara pun kena dengan jiwa aku. Aku tertariklah untuk add dia kat fb. Tak silap aku macam tu lah kot aku boleh start add dia sebab aku terjumpa tag dari post fb. Tambahan, aku memang minat bidang emcee dan aku sendiri bergiat dalam bidang pengacaraan majlis ni. Jadi, aku suka follow orang yang sama bidang dengan aku sebagai inspirasi untuk aku meneruskan diri dalam bidang ini sebab aku suka belajar daripada pengalaman orang lain.

Tak dinafikan juga memang emcee di tempat belajar aku dulu ramai yang power. Perempuan laki masing-masing memang paduuu. Dari student sampailah staf. Cuma masa aku belajar dulu, aku tak kenal la pula dia. Mungkin dia orang baru atau aku tak pernah terserempak atauuuu tak pernah ada dalam 1 majlis dengan dia. Eh banyak pulak atauuu. Kahkah.

Dia aktif juga di fb. Jadi post dia selalu lah juga naik di news feed aku. Dia banyak post video emcee dia. Awalnya aku tengok gitu-gitu je. Selalunya aku tengok dan scroll je lah. Kadang aku skip je. Bila hari-hari nampak post dia, aku rasa macam best semacam pulak dia ni mengacara. Aku rasa tertarik. Aku bukala profile dia. Aku kagum sebab walaupun dia ada job tetap yang bagus, dia berniaga dan buat freelance emcee juga. Bakat dia tak dinafikan hebat dan banyak juga job emcee dia.

Multitasking orangnya. Aku ingatkan dia full time kerja pejabat je. Aku pernah rasa, “Wah bagusnya dia”. Rezeki dalam kerjaya sebagai pengacara pun Alhamdulillah. Aku kagum tengok life dia. Ada job yang bagus, berbakat, ada perniagaan. Aku memang respect wanita yang pandai berdikari, cari duit dan bijak mengatur minat. Tapi tak dinafikan sometimes aku nampak dia struggle. Aku tak tau itu perasaan aku saja atau betul.

Dia juga jarang share life dia kat fb. Banyak pasal diri dia je. So aku tak tau sangat pasal dia. Aku pun takdela follow rapat sangat. Pasal ni aku tak pelik pun sebab aku faham, ada orang yang tak suka tunjuk life di social media. Aku pun antara orang yang macam tu. Di social media aku pun banyak pasal diri aku sendiri dan business aku je. Tu pun 5% over hundred sahaja. Apa yang privacy, aku simpan rapi.

1 hari, dia ada post video di tiktok. Aku terkilan. Di sebalik kehidupan dia yang aku kagumi, aku betul-betul tak sangka ada kisah di sebaliknya. Rupanya dia pernah berkahwin dan bercerai. Dia kahwin kejap je tak silap aku. Dalam 2 tahun lebih kurang kot. Tapi, dia bukanlah menantu pilihan mak mertua dia. Akhirnya, dia bercerai dan dapatkan hak penjagaan anak. Bertahun juga dia fight di mahkamah untuk hak penjagaan anak. Dia ada sorang anak. Alhamdulillah sekarang hak dah jatuh pada dia. Sekarang dia ibu tunggal anak 1 (anak 1 kot).

Sebelum ni aku ingatkan dia tak pernah kahwin lagi sebab aku rasa macam aku tak pernah nampak dia post gambar anak dia. Selalu nampak gambar sorang-sorang je. Sekarang baru aku nampak dia post gambar anak dia. Mungkin aku yang tak perasan kot sebab kan aku cakap, aku tak follow rapat pun. Cuma ada lah sekali tu aku stalk fb dia. Cuma scroll profile fb dia je lah. Dia pun nampak muda. So aku tak agak yang dia dah kahwin. Ingatkan single lagi orangnya.

Bila aku baca kisah hidup dia. Aku rasa hati aku dijentik Tuhan.

Kita manusia ni terkadang terlalu cepat menilai kebahagiaan p

…Ya Ampun weh. Sekarang aku datang nak sambung balik ayat aku tadi kat atas ni. Tadi aku tak habis taip sebab aku mengantuk sangat. Aku tengah taip, rasa mengantuk, terus aku tutup ipad dan tidur. Aku mengantuk sebab pagi tadi, aku, kakak aku dan ma aku terpaksa kena pergi mandi rumah sepupu aku kat kampung sebelah. Sini selalu takde air. Penat tau macam ni. Aiyoo!

Sambungan...

Terkadang aku sebagai manusia terlalu cepat menilai kebahagiaan dan kecukupan dalam kehidupan orang lain berdasarkan apa yang aku nampak. Aku hanya menilai sisi kehidupan harian yang dipertontonkan setiap hari yang nampak bagai tiada apa masalah dan ada macam-macam. Maka, terus letak aras bahagianya di situ.

Tanpa aku tahu, ada ujian yang besar disembunyikan. Tapi, mereka memilih untuk tetap bahagia meneruskan kehidupan dengan bersyukur atas apa yang mereka masih ada.

Namun, orang luar hanya menilai apa yang dipertontonkan saja. Tanpa mengetahui apa ujian yang mereka ini alami. Apa nikmat dan bahagia yang yelah hilang dalam diri. Juga apa perasaan mereka saat ini. Mungkin masih tersisa rasa sedih dan hampa dengan ujian yang dihadapi. Mungkin juga sedang bekerja keras untuk meniti hari. Tapi tetap memilih untuk bahagia kerana kehidupan ini, kita yang menentukan bahagianya di mana. Meskipun ujian datang bersilih ganti, bagai batu yang terus menghentak tanpa henti.

Ini satu pengalaman yang baik bagi aku supaya tak cepat menilai aras kehidupan orang lain dari luaran saja. Apa yang aku dapat, bersyukurlah dengan apa adanya diri kita. Orang yang kelihatan bahagia, mungkin dialah yang lebih banyak diuji. Orang yang kelihatan cukup, mungkin dia sudah banyak hilang apa yang dia sayang. Eh sedih pula rasa. Huh.

Bahagia itu kita yang cipta.

Tenang itu kita yang pinta.

Cukup itu bukan cuma harta dan takhta.

Semuanya bergantung pada diri kita.

Bagaimana menentukan Bahagianya Di Mana.

Sekian, itu saja perkongsian aku untuk entri ini. Aku harap ada sesuatu yang baik korang dapat dari perkongsian aku pada hari ini. Aku harap juga orang yang aku cerita ni dah redha dengan apa yang berlaku dan dah berbahagia dengan kehidupan sekarang. Semoga yang sedang diuji, terus kuat menjalani hari kerana terkadang, kehilangan adalah titik bahagia baru yang Tuhan cipta. Teruskan hidup mu kerana Allah SWT sentiasa ada bersama hambaNya yang bersabar.

Terima kasih sudi baca entri aku. Bila aku cerita pasal ni, aku teringat pula pengalaman hampir sama yang pernah aku lalui sebelum ni. Kalau ada masa lapang, aku tulis okay. Jumpa lagi next entri, InshaAllah.

Assalamualaikum wbt.

Wednesday, July 28, 2021

KISAH HAJAR DAN IPAD (PART 1)

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Dalam entri aku kalini, aku nak kotakan janji aku yang lepas. Aku nak share macam mana aku boleh beli ipad yang aku guna sekarang sampaikan aku terbuka hati nak comeback update blog semula lepas dah ada ipad ni.

Aku beli ipad secondhand dari kawan aku.

KENAPA AKU NAK SANGAT BELI IPAD?

Aku memang dah lama nak beli ipad sebab aku kan meniaga online.

1. EDIT GAMBAR

Gambar -gambar produk yang aku shoot perlukan aku untuk guna banyak application editing. Jadi aku perlukan screen yang lebih besar untuk buat editing terutama part nak cut gambar. Jejari aku ni sangatlah suka melencong ke sana sini kalau guna screen phone. Aku pulak tu memang lebih suka gadget yang besar. Aku rasa puas nak buat segala benda.

2. KURANGKAN STORAGE SMARTPHONE

Okay ni panjang sikit. Aku nak bebel sekali.

Smartphone yang aku guna sekarang ni selalu penuh storage walaupun aku dah buang banyak application, gambar, video, dokumen dan eh macam-macam lagilah. Kadang dia jadi kosong terus tau. Masukkan SD card, SD card jadi rosak. Haritu aku format, kejap je okay pastu full balik.

Fon tu dulu aku beli yang new. Masa first year aku guna dah ada masalah storage. Sistem memang out. 2 orang kakak aku dan 1 orang abang ipar aku yang guna fon sama pun ada masalah sama dengan aku jugak. Dorang beli awal daripada aku. Sekarang dorang dah beli fon baru dah pun jenama lain. Camera dia boleh tahan lawa! Tapi sedihhh sebab sistem fon out. Sekarang ni nak masuk tahun ke 3 aku guna dah macam-macam masalah timbul.

Fon Lenovo lama yang aku guna sebelum ni lagi lasak (fon lenovo ni fon yang aku guna sebelum aku beli fon yang aku guna sekarang). Walaupun Lenovo tu aku guna 4 tahun lebih macam tu, abang aku dah guna 3 - 4 tahun sebelum aku tak silap dan abang aku beli pun yang secondhand dah. Tahun last aku guna iaitu tahun 2017 - 2018 dah nak dekat 10 tahun lebuh kurang penggunaan total dengan abang aku dan tuan asal guna, baru dia betul-betul problem. Lenovo tu abang aku punya bagi kat aku.

Okay disebabkan fon aku ada masalah storage, aku nak kurangkan application dalam fon aku tu untuk aku transfer ke ipad. Application editing aku install di ipad. Application yang berkaitan kerja semua aku buat di ipad. Kiranya ipad aku betul-betul untuk urusan kerja bisnes dan fon aku tu pulak untuk balas whatsapp customer je dan beberapa application utama yang aku perlu lagi guna di fon.

*Panjang nau aku bebel bab fon aku ni. Sekian luahan dari aku. Kua kuaaa.

3. CAMERA

Okay yang ketiga sebab kualiti camera Apple. Walaupun kualiti ipad ni tak lah selawa iPhone, tapi aku tetap suka dengan kualiti camera dia. Fon aku tu so far camera dia boleh tahan lawa sebab dia tak mengubah warna asal sangat walaupun exposure background agak tinggi.

Tapi Apple ni, warna dia lagi nampak originality walaupun cuma guna ipad.

Kebetulan masa aku beli haritu aku otw nak release koleksi terbaru Muslim Wear Channel iaitu Edha Dress, so aku perlukan ipad untuk shoot gambar.

Tambahan, aku tak tau kenapa kebelakangan ni camera fon aku jadi blur dan susah nak fokus kalau ambil gambar. Dulu okay je. So aku perlukan ipad untuk shoot gambar produk aku.

4. FB ADS

Aku ada plan nak buat FB Ads untuk bisnes online aku. Jadi aku perlukan ipad sebab FB Ads kena buat di pc atau laptop (boleh je nak buat di fon tapi dia tak keluar penuh macam kita buka di laptop atau pc). Function ipad ni lebih kurang laptop. Bawah sikit dari laptop la.

Memandangkan aku belum mampu lagi beli laptop, ipad adalah keutamaan aku sekarang. Lagipun ipad lagi senang aku nak bawa pi mai pi mai. Aku lagi suka benda yang fleksibel. So aku tengok yang mana lagi perlu buat masa sekarang dan yang mana ikut bajet aku.

5. TUUTTT

Keempat, aku ada pelan nak buat bisnes baru. Ehh! Bisnes apa tu? Kui kui. Rahsiaaa. Tapi masih dalam plan lagi. Aku pun tak pasti aku akan buat ke tak. Tapi yang pasti bisnes yang aku baru plan nak buat tu kena ada ipad sebab ada benda yang tak boleh buat di smartphone.

Masa aku beli ipad haritu, aku tengah berkobar-kobar nak buat. Hahahh. Tapi aku tak kisah pun kalau aku tak jadi buat bisnes baru tu sebab ipad ni penting untuk kegunaan bisnes yang aku ada sekarang.

Kalau aku jadi buat, InshaAllah aku bagitau bisnes apa k.

—+++—-

Inilah 5 sebab aku beli ipad. Ada lagi ke eh sebabnya? Tu je kot aku rasa.

Hmm aku rasa macam panjang sangat dah aku bercerita. Sebenarnya aku nak cerita sekali macam mana aku boleh beli ipad ni dengan kawan aku. Aku cerita lain kali boleh? Next entri tau. Aku takut korang muntah pulak baca panjang-panjang. Kang semua aku sumbat dalam 1 entri, tak terkejar pulak korang nak baca. Ke korang suka je baca entri aku panjang-panjang? Kui kui.

Jumpa next entri k.

(Aku taip ni lepas Isyak tadi lagi. Ingatkan nak siapkan terus. Tapi ada kawan call aku. Lepas siap call, aku terus tidur. Pukul 4 lebih tadi, kakak aku masuk bilik nak solat dan kebetulan suami dia pulak baru balik site. So aku terpaksa bangunlah sebab dia nak solat & mandi tukar baju semua.

Bilik aku ni, kalau kakak dan abang ipar aku balik, dorang akan guna. Bukan bilik aku actually. Bilik utama lah kiranya. So malam tadi suami dia takde kat rumah, aku tidurlah kat bilik aku ni. Lagipun kakak aku yang tu dorang selalu tidur kat ruang tamu laki bini sebab kat ruang tamu ada air cond. Air cond kat bilik ni pulak rosak. Jadi tiap malam bilik ni akan kosong. Rumah aku pulak tak banyak bilik. Aku masuklah tidur situ).

Dah bangun, aku tak ngantuklah pulak nak tidur balik. So aku updatelah blog kejap. Tapi aku tidur kot beberapa minit sebelum subuh kejap lagi. Maka terhasillah sebuah entri pukul 5:40 pagi ni. Kui kui.

Okay bye.

Terima kasih semua sudi baca entri aku. Jumpa lagi next entri okay!

Monday, July 26, 2021

HAJAR COME BACK 2021. YAYY!

Assalamualaikum hey gais!

Psst hampir-hampir setahun ye aku menghilangkan diri dari update blog. Harini tiba-tiba aku muncul balik. Sekarang aku dah ada ipad. Senang sikit aku nak menaip entri. Yayyy now I’m back!

Dulu aku update blog guna smartphone je. Jadi susah sikit aku nak buat entri panjang-panjang. Nak zoom in zoom out gambar lagi. Screen fon tak syok nak tengok full view. Terpaksalah aku buka di Chrome dan buat desktop site. Aku ni tak penyabar mana orangnya. Dah la fon aku asyik penuh storage je nak install application blog pun. Kalau guna smartphone, nak control dari fon tu bolehla jarang-jarang.

Eh bebel pulak aku ye. Kahkah.

Feel menaip entri blog guna screen yang besar dan menaip guna keypad besar ala ala keyboard laptop ni lain tau (aku cakap keypad ala ala keyboard laptop sebab aku guna seketul ipad yang takde keyboard). Sambung... Jejari tu rasa feel semacam. Serius aku cakap, aku lebih suka guna fon untuk taip post panjang-panjang di Facebook & Instagram sebab aku rasa santai je. Tapi kalau di blog, aku lagi feel kalau guna gadjet yang lebih besar. Aku paling syok guna laptop tapi aku takde laptop. Ipad better dari fon bagi aku. Aku bagi 4 ⭐️ guna ipad.

Macam mana aku teringat balik nak update blog lepas aku beli ipad ni macam ni tau. Malam haritu tak silap aku, aku tengah install app di app store. Lepastu tiba-tiba aku teringat yang dulu fon aku tak cukup storage nak download application blogger ni. Aku pernahla nak install app blogger untuk mudahkan aku update blog. Tapi fon aku guna tu tak habis-habis dengan masalah storage walaupun dah berapa banyak app aku buang. Terus aku teringat yang aku ada blog yang dah lama tak update. Alang-alang tu terlintas pulak macam best je guna ipad untuk update blog.

Haa macam mana aku boleh beli ipad pula, nanti aku cerita di next entri okay. Kalau korang nak baca dulu, aku dah update dah pun di ig & fb aku (done spoil). Tapi macam korang tahulah, di ig ada limit perkataan. Jadi banyak cerita aku kena cut. Aku pulak tak suka nak sambung ayat di komen. Di FB pulak, aku copy paste je post di ig aku dan kadang aku edit tambah sikit.

Di blog of course apa yang aku nak cerita, aku akan cerita semua. Tunggu next post aku okay.

Entri aku tengah-tengah malam harini ni alang-alang aku baru je lepas study kelas FB Ads. Aku rewind balik video kelas lama yang aku masuk tahun lepas. Nahh dari awal lagi semua macam kebetulan. Kui kui. Dah 4 jam masa berlalu, aku rasa penat otak penat badan pulak. Sudah masanya aku berehat dan tidur. Dah pukul 4:30 pagi pun. Sambil tu aku come back update blog kejap. Menulis kan terapi bagi aku. Tengok sekarang lah, sambil menulis pun aku senyum. Ngeh ngeh. Korang tak payah bayangkan eh. Hiks!

    

Ini lah kelas FB Ads yang aku rewind balik tu.

Done ss gambar dari video ig story aku! Kui kui.

Selamat malam gais!