Monday, August 2, 2021

TEMPAT MAKAN VIRAL DI KOTA DAMANSARA - SORU STATION

Assalamualaikum semua warga blog.

Salam 8:34 pagi.

Korang nak cari kedai makan bajet yang sedap? Baca entri aku ni.

Semalam aku duk fikir esok nak tulis apa eh di blog aku. Teringat pula tahun 2019, aku ada pergi 1 kedai makan di Kota Damansara yang aku puas hati gilerr. Bulan 6 2019 dulu, aku ada pergi KL dengan kawan aku sebab ada Seminar Rahsia Ceramah Memukau (RCM) kat sana untuk konsultan Kembara Inspirasi Ventures. Sebelum gerak balik, kawan aku bawa makan-makan di kedai makan bajet area sana yang pernah viral dalam Jalan-jalan Cari Makan TV3 sebab esok paginya kitorang dah nak gerak balik. Banyak juga kedai makan kitorang pergi. Tapi SORU STATION ni kedai paling best yang aku pergi.

Dulu aku pernah review pasal kedai ni di ig aku. Kalini aku nak share untuk warga blog pula. Aku tak tau lah kedai ni buka tak musim-musim Covid sekarang ni. Tapi mana tau korang nak pergi bila-bila kan.

SORU STATION ni terletak di Kota Damansara, Selangor. Malam tu kitorang ambil grab dan gerak ke sana. Sampai je sana, aku tengok penuh orang kat situ sampai takde meja kosong. Aku dengan kawan aku menunggu juga lah untuk dapatkan seat. Tengok ada orang blah je, terus kami cop seat sebab kat sana kita boleh cop seat dengan nombor tak silap aku. Ambil di meja kaunter dan letak nombor atas meja yang kita nak. Satu usaha yang bagus dari SORU STATION memandangkan customer yang ramai. Takdelah customer bimbang seat kena kebas masa pergi order di kaunter.

Masa beratur nak order, aku tengok menu yang ada. Menunya ada di bahagian macam KFC. Aku buntu nak order apa sebab menu takde gambar dan semua dalam Bahasa Inggeris dengan nama yang unik-unik entah bahasa apa. Satu-satu nama berbelit lidah aku nak sebut. Aku tak tau satu habuk apa menu yang ditulis.

Alternatifnya, aku Google je nama menu sambil beratur. Kemudian, tengok gambar makanan yang keluar di google. Sempatla aku meng-Google sebab ramai orang yang beratur. Kedai tu pun kedai viral. Mesti ada punya yang pernah review di blog, fb, ig atau mana-mana. Kalau rasa nak fikir lama sikit, bagi je la orang belakang dulu. Macam yang aku jangka, memang ada yang review. Kalini aku pula yang nak review.


NAMA KEDAI : SORU STATION

LOKASI : Kota Damansara, Selangor

MENU (yang aku order) : Chicken Parmigiana dan Strawberry Float

1. CHICKEN PARMIGIANA (RM9)

Aku memang hantu ayam. Selalu kalau pergi kedai makan, aku akan order Chicken Chop. Tapi sebab sini takde Chicken Chop, aku rasa tertarik nak cuba Chicken Parmigiana. Tengok gambar pun macam sedap. 

HARGA

Bagi aku, harga RM9 ni sangat murah sebab aku biasa makan Chicken Chop di  gerai-gerai kawasan kampung dan bandar pun RM8 - RM10. Jadi untuk Chicken Parmigiana yang lagi extra dengan harga yang tengah-tengah dari Chicken Chop ni, aku rasa sangatlah murah. Ayam yang aku dapat pun besar juga. Memang sesuai nak makan bajet kat sini.

BAHAN

Mula-mula aku tak tau apa yang disalut pada ayam tu. Aku Google punya Google, selalunya resepi Parmigianan disalut tepung roti dicampur keju. Aku tak pasti pula SORU STATION ni guna apa. Tapi aku senaraikan sebagai tepung roti dan keju lah ye sebab aku makan pun ada rasa macam campur keju juga (kalau aku salah, betulkan aku).

Ayam disalut Tepung Roti yang dicampur Keju, Kentang Putar, Jagung Manis, Sos lebih kurang Chicken Chop *(kalau salah betulkan ye)

RASA

Apa aku paling suka Chicken Parmigiana ni adalah balutan pada ayam tu sedap mengancam. Bila ratah ayam yang disalut dengan salutannya, dicicah dengan sos, dimakan dengan kentang putar, ditambah pula jagung manis sebagai pemanis mulut dan sos berlemak yang aku rasa lagi sedap dari sos Chicken Chop, argh sampai sekarang aku masih teringat-ingat.

98% aku bagi.

KUANTITI

Bagi aku, ayam yang aku dapat besar jugala. Padan dengan harga. Berbaloi! Aku ni nampak je kecil, tapi tangki perut besar. Bagi aku, saiz ayam dan isi ayam dia cukup okay untuk kenyangkan perut aku.

PRESENTATION

Presentation makanan bagus, cantik dan kemas. Lulus untuk ambil gambar.


2. STRAWBERRY FLOAT (RM3)

Aku order air Strawberry Float.

HARGA :

Bagi aku harga air murah compare to aku boleh jumpa RM3 - 5 air macam ni. Tapi, kat sana boleh dapat RM3 je.

BAHAN :

Aku tak pasti.

RASA

STRAWBERRY float ni bagi aku biasa-biasa je. Nice aje.

65%  aku bagi.

KUANTITI

Banyak dan padan dengan harga. Tak tercekik lah kalau aku makan banyak pun.

PRESENTATION

Nice & simple. Dalam bekas plastik.



MENU (yang kawan aku order) : Nasi Ayam Rose dan Iced Mocha

Kawan aku ada pelawa aku cuba menu dia. Sempatlah aku rasa sikit.

1. NASI AYAM ROSE (RM8)

HARGA

Aku boleh kata murah sebab banyak dan boleh tahan sedap.

BAHAN

Alamak aku tak tahu la pula. Aku pun tak ingat dah.

RASA

Aku tak ingat sangatlah sebab aku makan sikit je. Kahkah. Tapi aku suka!

Nasi, ayam dan sos aku boleh bagitau sedap. Aku suka.

KUANTITI

Nasi banyak dan ayam besar. Aku puas hati. Tak kedekut langsung. Aku memang suka kedai yang tak kedekut ni. Puas hati makan. Aku ni kalau bab nasi, aku memang suka nasi banyak sebab aku makan banyak. Lepastu aku puas hati kalau dapat lauk besar.

PRESENTATION

Cantik. Lulus untuk ambil gambar.


2. ICED MOCHA (RM4)

Aku tak tau. Aku tak rasa.

Inilah menu yang aku dengan kawan aku order.  Chicken Parmigiana, Nasi Ayam Rose, Strawberry Float & Iced Mocha. Kitorang tak order banyak. Cukup untuk kenyangkan perut je. Menu kami order antara paling murah kat sana & harganya sangat murah bagi aku dengan saiz hidangan yang puas hati iaitu ayam yang besar, nasi banyak, rasa yang masuk dengan tekak aku & air yang cukup nak minum.


SERVIS :

Aku tak boleh tolak ansur dengan servis dorang sebab pelanggan ramai, tapi aku baru duduk kejap je pun makanan dah sampai. Aku ingat bolehlah duduk borak-borak lama sikit. Setakat ni kedai aku pergi, walaupun tak ramai pelanggan tapi sampai habis topik aku nak sembang sementara tunggu makanan sampai. Apa lagi yang ramai pelanggan macam ni.

Tapi berbeza dengan SORU STATION, memang tip top kerja staff dorang walaupun pelanggan ramai sampai tahap seat pun kena berebut nak dapat.

Aku bagi 100% untuk servis.


KEBERSIHAN :

Aku tak ingat sangat. Aku bagi A lah sebab aku takde pun rasa macam tak bersih pula masa tu.

Aku bagi A.


SUASANA :

Selesa dan friendly untuk port lepak


REVIEW KESELURUHAN :

90% aku bagi.


REPEAT?

Kalau aku datang Kota Damansara lagi, aku pasti akan pergi SORU STATION lagi. Aku nak order Chicken Parmigiana lagi. Aku rindu nak makan Chicken Parmigiana. Lepastu aku nak cuba pula makanan lain. Aku nak makan banyak-banyakkkk.

Ini dia review jujur dari aku untuk kedai SORU STATION, Kota Damansara! Terima kasih SORU STATION  untuk makanan yang sedap, tahniah untuk servis yang pantas dan terima kasih my bestie untuk pengalaman aku kat sana. 5 bintang aku bagi ⭐⭐⭐⭐⭐

Memang power kawan aku cari kedai!


DISCLAIMER : Semua review yang aku tulis jujur dari aku sendiri mengikut citarasa dan pengalaman aku (lain orang lain citarasa). Aku tak compare dengan mana-mana kedai lain. Tapi aku review ikut tekak aku, kepuasan yang aku dapat kat sana, lokasi kedai, servis & rating yang aku bagi sebagai kedai famous yang viral.

Aku boleh cakap, PATUTLAH FAMOUS!

Kalau korang pergi sana, korang wajib cuba makan di SORU STATION ni okay.


Itu saja review aku. Aku minta maaf kalau ada tersalah kata dan tersalah info dalam review ni terutamanya kepada pihak SORU STATION. Kalau ada info yang aku tersalah sampaikan, boleh bagitau aku okay. Aku cuma nak kongsi pengalaman best yang aku dapat kat sana. Terbaik SORU STATION!

Bye bye.

11:08 a.m, settle 1 entri aku harini.

Assalamualaikum wbt.


No comments: