Friday, June 14, 2019

SHMYHAJAR RASMI BLOG!


Hai Assalamualaikum korang!

Apa khabar tewww, kome semua sihat ke idok...?

Koi harap kome semua sihat hendaknya ye. acecehh (macam buat surat rasmi zaman sekolah rendah dulu pulak intro kau tu deknon)

Disebabkan ni entry pertama yang aku tulis dalam blog aku ni, aku nak beri sesuatu kat korang. On ke onzz?

Okay cuba teka apa. Yang penting bukan hadiah duit raya. Kuakuakuaaa

Ok takpo la ea yang penting dia bersifat hadiah la jugakkk kannn. Aku nak tulis satu sajak khas untuk entri pertama blog aku ni. Nahhh sila baca dalam nada sajak. *tingggg


(sebelum bersajak kena ambil feeling bunga sakura dulu)* acah bunga sakura padahal daun kering*

MUSAFIR PEMBURU SYURGA

Ini cerita aku & kamu,
Kita sama musafir di padang pinjaman ini,
Meneroka segenap alam yang dipinjamkan,
Penuh warna-warni,
Juga onak duri.

Kadang dia berpelangi,
Aku & kau tersenyum riang melompat sana & sini,
Kadang datangnya ribut taufan,
Menyambar seluruh genap pandangan ini.

Tapi,
Aku & kau saling memimpin,
Untuk ketemu lagi pelangi indah itu,
Kerna padang ini akan tandus akhirnya.

Dan untuk kita sama-sama tahu,
Lorong jalan pulang kita cuma ada dua.

Jika kita rebah ketika ribut taufan datang melanda,
Kita lah pelorong keji itu.

Jika kita saling memimpin,
Meski pelangi & ribut taufan saling silih berganti,
Kita tetap masih bersama.
Kitalah pelorong yang dinanti.

Hakcipta ditulis oleh akal seni : @shmyhajar

Sekian, saya Siti Hajar *** pendeklamasi sajak anda pada hari ini, akal seni tidak mungkin pupus ditelan zaman.

*tepek gambar skema jap

Pssttt cewahhh! Sambil-sambil tengah memulas akal mencoret idea aku pulak yang lebih-lebih fefeeling baca dengan irama dia sekali (macam tengah kat atas pentas gitewww)

HAHAHA ( jom gelak sama-sama )

Dah siap pun benda yang aku janjikan nak bagi dekat korang tadi. Inilah hadiah nyo eaaa. Aku kongsikan sajak tulisan hati aku sendiri,  seorang bernama SHMYHAJAR khas untuk anda semua hayati maksud di balik tiap suku kata yang aku pintalkan.

Sebenarnya, sajak yang aku tulis ni ada maksudnya sendiri yang nak aku sampaikan pada kita semua. Tapi aku tulis di entri seterusnya ye. Jangan lupa follow next entri aku. (Polis entri 1 2 jaga. Eh tiberr)

Korang rasa apa yang aku nak sampaikan?
Cuba korang share suku pandangan korang.
(aku saited nak tauu ni 🙊)
Kalau betul korang teka, korang powerr.


No comments: