Sunday, June 16, 2019

CARA MUDAH BUAT HEADER BLOG (GUNA SMARTPHONE PUN SENANG JE)


Assalamualaikum!

Harini aku nak kongsi dengan korang cara nak bina sendiri header blog mengikut saiz yang betul. Sebenarnya aku nak tulis pagi tadi lagi. Tapi disebabkan harini hari pertama untuk postage #muslimwearchannel lepas raya, maka aku settlekan dulu postage-postage customers & dropship-dropship aku yang order lepas raya haritu.

Postage #muslimwearchannel
Thank you customers & dropship!🌹

Lepas dah settle hantar ke pejabat pos, sekarang aku dah boleh menulis blog dengan tenang. Muahaha.

Dulu aku selalu bermasalah nak bina header blog sebab tak tahu saiz sebenar tapi sejak aku serius nak menulis blog ni, tiba-tiba semalam dapat ilham direct dari langit. Cehhh ayat tak pernah nak kalah 😆

Biasa tak kalau korang buat header blog, korang terpaksa edit stretchkan gambar tu sampai gambar nampak ditarik kiri & kanan hasil editing membuatkan header blog korang nampak tak semengah. Hee. Aku pun sama, header blog aku dulu pun tak semengah walaupun dulu aku manualkan size gambar header di apps editing.

Selepas aku dapat cari idea macam mana nak buat size header yang bertepatan dengan saiz background blog aku semalam lepas explore apps editing dalam fon aku, terus aku buat header blog aku yang terkini & cover page facebook aku sekali aku buat. *lain maciam betul rajin dia


Taraa!
(Korang tengok saiz dia sama kan dengan lebar background aku tu, tengok pada tanda anak panah aku buat tu. Box dia tak terkeluar atau lebih pendek dari saiz background blog aku yang bahagian bawah. Kiri & kanan maintain sama je)

Kalau ikutkan , banyak di google providekan design header yang free. Tetapi disebabkan aku jenis yang sukakan originality, aku tak suka celup-celup hasil tangan orang lain buat. Aku suka hasil tangan dari copyright aku sendiri. Jadi aku buat je guna editing application.

Aku ajarkan semula step by step cara nak buat header yang macam aku buat ye.

#1 PERTAMA

Aku guna smartphone je sebab laptop yang aku guna tak boleh sambung dengan wifi. Tak tau kenapa.

*Aku guna application PICS ART. Application lain pun boleh je, tapi aku suka guna pics art ni sebab banyak function. Kalau korang nak install, boleh install di playstore.


Pilih Picsart yang ni. Ni aku tak update lagi latest version sebab tu keluar update pada tanda hijau. Kalau belum install dia akan keluar perkataan install pada button hijau update tu & korang tekan. Lepas korang install, buka paparan pertama Pics Art ni & keluar macam ni.


Tekan button (+)


Tekan (see all)
Ni untuk cari background warna putih macam aku. Kalau korang nak buat warna lain pun pilihla warna lain.


Pilih warna putih tu.


Lepastu akan keluar macam ni.


Kemudian ni untuk buat size. Korang crop je ikut saiz korang nak try an error mengikut saiz background blog korang. Kalau nak macam saiz header blog aku tengok bawah ni.


Pilih saiz yang free pada bold biru kat bawah tu & header blog aku tak silap aku bahagi 2 je macam ni.


Lepas bahagi 2, dapat hasil macam ni. Saiz jadi besar ni. Tu kalau korang nak saiz macam header blog aku.


Kalau nak kecilkan atau besarkan, adjust je saiz crop tu. Ni makin kurang lebar.


Ni makin pendek.


Okay lepastu ni untuk buat corak bunga-bunga macam tepi header aku. Tekan brush bunga ni.


Aku pilih corak ni. Kalau korang nak corak lain pilihla corak lain.


Ni aku dah brush corak bunga tadi.


Lepas dah siap, pilih text.


Aku pilih tulisan ni sebab tulisan aku tak banyak. Aku tak download 🤣


Taraa dah siap!
Inilah hasilnya aku buat yang aku guna di header blog aku.

Tadi aku tunjuk cara-cara dari awal.


Lepas siap, save di gallery. Siap & boleh upload di blog!😍


Inilah hasil header blog aku!😍😘
Kalau size header aku buat tu sesuai untuk saiz background blog aku yang aku setting di background. Kalau saiz korang setting tak sama dengan aku, adjustla sendiri saiz headernya dengan crop macam aku ajar tadi sampai dapat saiz yang ideal dengan background. Macam saiz yang aku tak adjust kelebaran dia ni memang tepat-tepat dengan size background aku.

Okay! Korang perasan tak corak background bunga-bunga belakang tu sama dengan corak bunga header aku, tu pun aku brush sendiri je guna picsart macam tadi. Brush je penuh-penuh di page tu.

Alhamdulillah, sampai sini saja perkongsian aku, SHMYHAJAR untuk kongsikan dengan korang cara-cara nak buat header blog sendiri mengikut saiz yang betul dengan menggunakan smartphoje je. Kalau nak lagi padu, buatla ikut kreativiti korang macam mana sekalipun sampai jadi k. Kalau korang buat aku yakin lagi paduuu.

Okay aku harap perkongsian ni cukup membantu korang. Step by step dah aku share.

Thank you for reading SHMYHAJAR sharing!


No comments: